RUMAH KASIH JOHOR BERI SINAR BUAT AHAD SAMBUT RAMADAN

Bagi Ahad, kediaman baharunya di Parit Yaani, Batu Pahat yang selesa dan selamat ini ibarat cahaya yang menerangi perjalanan hidup selepas sekian lama berdepan kesukaran, sekali gus membolehkannya menyambut Ramadan dalam suasana lebih tenang dan bermakna. | Foto FB Najib Samuri
#BatuPahat – “Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri,”. Itu reaksi spontan daripada Ahad Haron, 52, sebaik menerima Rumah Kasih Johor yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).
Katanya, inisiatif perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri itu bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada keluarganya, tetapi juga memberi sinar baharu menjelang kehadiran Ramadan dan sambutan lebaran tahun ini.
Bagi Ahad, kediaman baharunya di Parit Yaani, Batu Pahat yang selesa dan selamat ini ibarat cahaya yang menerangi perjalanan hidup selepas sekian lama berdepan kesukaran, sekali gus membolehkannya menyambut Ramadan dalam suasana lebih tenang dan bermakna.
Beliau bersama isteri dan dua anak yang masing-masing berusia sembilan dan 12 tahun menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan Kerajaan Johor yang menyediakan tempat berteduh lebih sempurna, selain menyifatkannya sebagai satu rezeki besar dan amanah yang perlu dijaga sebaiknya.
Ahad sekeluarga juga berkesempatan mengadakan majlis doa selamat di kediaman baharu tersebut dalam suasana penuh kesyukuran, dengan ia turut dihadiri oleh sanak saudara dan jiran terdekat bagi memohon keberkatan agar rumah itu sentiasa menjadi tempat berteduh yang membawa ketenangan serta kebahagiaan.
Inisiatif Rumah Kasih Johor yang diperkenalkan pada tahun 2023 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara, di samping bertujuan untuk membolehkan setiap keluarga dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan selamat.
#JohorSafeZone
#RumahKasihJohor
#PerumahanKasihJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



