SESI SECARA PDPR BAGI SEKOLAH TERJEJAS


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh jelaskan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan komited membantu meringankan beban pelajar dan ibu bapa terkesan banjir / Sumber Foto MedKom.

 

ISKANDAR PUTERI — Lima sekolah di negeri ini, yang terjejas akibat banjir masih meneruskan persekolahan seperti biasa menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, langkah itu seperti dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

 

“KPM memaklumkan dalam masa seminggu ini, tidak ada sesi akademik. Mereka akan lebih tertumpu kepada sesi suai kenal (orientasi).

 

“Kita juga dimaklumkan di daerah Batu Pahat (bahawa) selama sebulan sekolah tidak dibuka. Jadi mereka (pelajar) akan terus belajar, tetapi menggunakan PdPR,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

 

Norlizah berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pihak sekolah juga sedang mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk terlibat dalam PdPR.

 

Selain itu, ujarnya, pelajar daripada keluarga yang terlibat dengan banjir turut diberikan kebebasan berpakaian ke sekolah dalam tempoh ketika ini.

 

“Mungkin dalam (tempoh) sebulan. (Namun) tempoh itu kita tidak dapat makluman lagi, tetapi selama mereka dalam masalah banjir ini. Insyallah akan ada bantuan dari kerajaan negeri.

 

“Saya akan maklumkan bantuan yang kerajaan negeri akan bantu, semoga dapat meringankan bebanan ibu bapa,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor