SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR SANTUNI WARGA PUSPANITA

Program Makan Malam PUSPANITA Cawangan Negeri Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#PasirGudang – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Johor menganjurkan makan malam di Kong Kong Chalet Terapung, dekat Masai.

 

Majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi, Setiausaha Kerajaan Johor sebagai tanda penghargaan atas sumbangan diberikan persatuan berkenaan.

 

Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis terkenal tanah air iaitu Sheila Abdul, Haiza dan Faradhiya, turut berlangsung penyampaian cendermata sebagai simbol penghargaan.

 

Hadir sama, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YB Dato’ Mustaffa Kamal Shamsudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang serta YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor