SMAKJ CEMERLANG SMRA, SMA NEGERI JOHOR


YB Mohd. Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor (tengah) hadir ke Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SMRA dan SMA Negeri Johor Tahun 2023 di SMAKJ Kluang, hari ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) Kluang diumumkan sekolah terbaik keseluruhan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Negeri Johor Tahun 2023.

 

Manakala Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) Johor Bahru pula dinobatkan sebagai sekolah terbaik peperiksaan SMA bagi pakej peperiksaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

 

Seramai 1,444 calon menduduki peperiksaan SMRA di 25 buah sekolah diikuti 1,288 calon menduduki peperiksaan SMA di 27 buah sekolah melibatkan sekolah menengah agama, sekolah swasta, sekolah bantuan kerajaan dan maahad tahfiz di negeri ini.

 

Peperiksaan SMRA merupakan peperiksaan awam diduduki pelajar Tingkatan 2 manakala SMA pula peperiksaan awam diduduki pelajar Tingkatan 4 pelajar sekolah agama negeri di seluruh negara.

 

Terdahulu, pengisytiharan keputusan peperiksaan SMRA dan SMA Negeri Johor Tahun 2023 disempurnakan YB Mohd. Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor di SMAKJ Kluang, hari ini.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor