GALAK MASYARAKAT TRANSAKSI TANPA TUNAI


Masyarakat dan peniaga digalakkan untuk memanfaatkan kaedah bayaran tanpa tunai serta terimaan menerusi ‘e-wallet’ atau DuitNow QR. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Inisiatif mewujudkan masyarakat tanpa tunai sedang giat dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di 20 lokasi di negeri ini, meliputi 17 Program Cashless @ NaDi di FELDA terpilih selain tiga program lain iaitu projek rintis, ‘Cashless Month’ dan ‘Cashless Carnival’.

 

Dijayakan secara berfasa, kesemua program tersebut merupakan inisiatif pembangunan industri yang memacu penggunaan digital dengan galakan masyarakat dan peniaga memanfaatkan bayaran tanpa tunai serta terimaan menerusi ‘e-wallet’, DuitNow QR atau kad debit mahupun kredit.

 

Untuk rekod, sebanyak 4.023 juta transaksi ‘e-wallet’ dengan jumlah RM106 billion telah direkodkan sepanjang tahun 2023 berbanding 3.186 juta transaksi ‘e-wallet’ dengan jumlah RM71 billion bagi tahun 2022, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap digitalisasi transaksi tanpa tunai.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘Cashless Month’ Johor 2024 di Bazar Ramadan Taman Dahlia. Turut hadir, Pengarah SKMM Negeri Johor, YBrs. Mohd Rizal Ahmad.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor