STADIUM SULTAN IBRAHIM BERSEDIA UNTUK ASIA
Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi akan menjadi tumpuan penyokong bolasepak Asia apabila bakal menjadi tuan rumah untuk tiga aksi perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat kemunculan buat kali kelima berturut-turut di peringkat kumpulan ACL dengan JDT akan bertemu wakil Jepun, Kawasaki Frontale, kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan BG Pathum dari Thailand dalam aksi Kumpulan I.
Stadium milik penuh JDT ini juga bakal menyaksikan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan sekali gus menjadikan JDT sebagai kelab bolasepak pertama di Malaysia yang memanfaatkan teknologi ini dalam saingan tertinggi kelab-kelab bolasepak Asia.
Peluang keemasan buat semua penyokong untuk menyaksikan aksi bola sepak peringkat tertinggi di selatan tanah air dan pada masa sama, penyokong juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman di dalam stadium bola sepak yang mempunyai fasiliti serta prasarana berkelas dunia ini melalui perkhidmatan ‘Stadium Tour’ & ‘Hummer Tour’.
Semoga berjaya di pentas Asia!
#MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor