SV MULA MISI PASCA BANJIR KOTA TINGGI


Misi Pasca Banjir Monsun Timur Laut 2024 Daerah Kota Tinggi akan bermula dari 12 hingga 16 Januari ini. | Foto Southern Volunteers.

 

Seramai 550 anggota Southern Volunteers (SV) yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan mula melaksanakan Misi Pasca Banjir Monsun Timur Laut 2024 Daerah Kota Tinggi.

 

Ia membabitkan pemberian bantuan dan kerja pembersihan ke kawasan kediaman penduduk yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda daerah Kota Tinggi, baru-baru ini.

 

Fokus utama pasca banjir di daerah berkenaan juga turut tertumpu kepada pembersihan bangunan dan premis seperti masjid dan juga balai raya, seterusnya kerja pelupusan sampah di bandar Kota Tinggi dan perabot di kawasan perumahan sekitar turut dilaksanakan.

 

Kerja pembersihan ini dilakukan secara berperingkat bergantung kepada kesesuaian dan keperluan dari pasukan SV di mana misi pasca banjir pada kali ini akan bermula dari 12 hingga 16 Januari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor