PTP TERUS PACU PERKEMBANGAN SEKTOR LOGISTIK DAN PELABUHAN DI MALAYSIA


Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), ahli kumpulan MMC dijangka akan terus memacu perkembangan sektor logistik pelabuhan di Malaysia. – Foto MDJ / Nurina Aisyah

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), ahli kumpulan MMC dijangka akan terus memacu perkembangan sektor logistik pelabuhan di Malaysia pada depan.

Ia sejajar dengan perancangan Kumpulan MMC yang bakal melabur hampir RM 26 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang membabitkan pelbagai pelan pembangunan di kawasan Sungai Pulai yang berupaya menjana lebih daripada 23,000 peluang pekerjaan.

Kumpulan MMC juga akan membangunkan sebuah Green Fuel Terminal untuk pembekalan metanol bagi industri perkapalan. Pembangunan ini merupakan satu inisiatif ‘game changer’ yang selari dengan National Energy Transition Roadmap (NETR).

Selain itu, Kumpulan MMC juga turut membuat pelaburan sebanyak RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi pembangunan terminal PTP Fasa 3A dan menaik taraf terminal PTP sedia ada.

Pengerusi PTP merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh, berpendapat PTP bukan sahaja mempunyai kemudahan pelabuhan bertaraf dunia, malah turut menjadi titik rujukan bagi industri maritim serantau.

Beliau turut menjelaskan, PTP merupakan hub ‘transshipment’ kontena paling sibuk di Malaysia. Kawasan PTP meliputi 1,900 ekar terminal dan 1,600 ekar kawasan zon bebas yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat perkapalan dan pengendali kontena utama.

 

#BangsaJohor #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor