IPU DITENTUKAN NILAI SUB-INDEKS PENCEMAR TERTINGGI ENAM PARAMETER
#IskandarPuteri – Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di sesuatu lokasi tidak ditentukan berdasarkan satu jenis pencemar atau keadaan udara yang kelihatan berjerebu semata-mata, sebaliknya berdasarkan nilai sub-indeks tertinggi daripada enam parameter pencemar yang dipantau secara berterusan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menjelaskan enam parameter berkenaan adalah habuk halus PM₂.₅, habuk halus PM₁₀, […]
