JEREBU RENTAS SEMPADAN, 2 STESEN DI JOHOR CATAT IPU TIDAK SIHAT


Keadaan semasa kualiti udara di Johor Bahru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Dua daripada lapan stesen pengawasan kualiti udara automatik di Negeri Johor iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat, menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Manakala bagi stesen selebihnya pula menunjukkan bacaan IPU sederhana.

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor memaklumkan tiada titik panas yang dikesan menerusi pemantauan titik panas (hotspot) di Negeri Johor dan di dalam negara. Bagaimanapun, terdapat melebihi 250 titik panas dikesan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

 

“Sehubungan itu, keadaan jerebu di negara kita berkemungkinan besar adalah jerebu rentas sempadan. Di samping itu, JAS Negeri Johor memohon semua pihak untuk membantu membuat pemantauan mencegah pembakaran terbuka di kawasan masing-masing untuk meminimakan impak daripada jerebu tempatan,” jelas JAS Negeri Johor dalam satu pemakluman.

 

Selain itu, JAS Negeri Johor akan terus memantau secara rapi dan berterusan kualiti udara di negeri ini, dan akan perkembangan keadaan jerebu akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

 

Orang ramai digalakkan untuk muat turun aplikasi MyIPU bagi mendapatkan maklumat status kualiti udara secara setiap jam.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor