Tag Archive for: Kerajaan Johor

SYUKUR DAPAT MESIN PENGISAR

  Selepas enam tahun bergantung kepada kudrat sendiri untuk menghasilkan produk hiliran, Nur Khalida Hamzah, 43, kini menarik nafas lega selepas menerima mesin pengisar daripada Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), hari ini.   Sebagai seorang usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), bantuan diterima ini akan memudahkan Khalida menghasilkan bahan kisar seperti cili kering, […]

PALESTIN, JOHOR BERSAMAMU

  Keprihatinan Kerajaan Johor terhadap perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin terus terbukti dengan penganjuran Program Semarak Subuh Perdana dan Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 bagi tahun 2024 yang berlangsung di Masjid Jamek Taman Kasih, Kluang, hari ini.   Kasih Bangsa Johor kepada Palestin jelas terpancar apabila sebanyak RM2.5 juta berjaya dikumpulkan merangkumi dana daripada Bahagian Pengurusan […]

PESAWAH SAMBUT BAIK INISIATIF PEMBANGUNAN PADI KERAJAAN JOHOR

  Komitmen Kerajaan Johor menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.9 juta sebagai sokongan kepada usaha meningkatkan produktiviti sawah padi Negeri Johor daripada 4 kepada 6 tan metrik per hektar disambut baik para pengusaha sawah padi di negeri ini.   Bagi Idrus Yunus, 55, Pengerusi Kelompok Sawah Ring yang juga merupakan pesawah di kawasan berkenaan, insentif diberikan Kerajaan […]

3 SEKOLAH DITUTUP, KESELAMATAN MURID JADI KEUTAMAAN

  Tiga sekolah di sekitar kawasan Kampung Maju Jaya melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya dan dua sekolah swasta Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan pencemaran bau yang berlaku.   Langkah berkenaan diambil berdasarkan penilaian tahap pencemaran mencerminkan keselamatan dan kesihatan murid […]

TINDAKAN TEGAS MENANTI SI PELAKU

  Kerajaan Johor mengarahkan satu jawatankuasa khas segera ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran di negeri ini agar tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.   Ketegasan terhadap isu pencemaran turut disuarakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang mahu pihak berkuasa mencari dalang menyebabkan pencemaran di negeri ini sehingga ke lubang cacing. […]

KERAJAAN JOHOR SUNTIK RM3.9 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN SAWAH PADI JOHOR

  Kerajaan Johor menerusi Jabatan Pertanian Negeri Johor menterjemahkan komitmen menjayakan agenda Periuk Nasi Selatan dengan memperuntukkan RM3.9 juta bagi Program Pembangunan Sawah Padi Negeri Johor membabitkan kawasan padi aktif seluas 1,613 hektar di negeri ini.   Walaupun Johor bukan pengeluar utama produk beras tempatan, namun Kerajaan Johor tetap memandang serius terhadap sumbangan para pesawah […]

TANAM IMPIAN LONJAK IMEJ BERAS SUNGAI BALANG

  Memiliki kawasan sawah padi di luar jelapang padi tidak menjadi penghalang bagi pengusaha sawah padi di Sungai Balang, Muar untuk mengangkat nama kampung mereka ke persada dunia.   Semangat ini jelas terpancar pada Nor Indahna Main, 45, pengusaha sawah padi yang gigih untuk mengangkat produk Beras Sungai Balang sebagai jenama unggul tempatan dalam sektor […]

TINDAKAN BERSEPADU BENDUNG PENCEMARAN BAU

  Kerajaan Johor bertindak pantas bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melalui Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bagi membendung isu pencemaran bau di Sungai Pandan yang dikesan pada Selasa lalu.   Satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) pada semalam dipengerusikan YB Dato’ […]

PROJEK RTS LINK TERUS DIBERI KEUTAMAAN KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor terus komited memastikan projek pengangkutan awam berimpak tinggi Sistem Rapid Transit (RTS Link) Johor Bahru – Singapura dapat disiapkan sebelum Disember 2026 seterusnya beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.   Malah, pemantauan secara rapi akan dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa khas Task Force Projek Berimpak Tinggi Negeri Johor dianggotai pelbagai jabatan dan agensi […]

SKUAD PETANQUE JOHOR HADIAHKAN EMAS BUAT JURULATIH

  Skuad petanque wanita Johor mendedikasikan kemenangan istimewa diraih pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat ketua jurulatih, Ruhaizal Abu Amin yang banyak berkorban demi kebajikan pasukan.   Siti Zulika Zainal Abidin, 19, yang membuat penampilan sulung di pentas SUKMA menzahirkan kesyukuran selepas dapat membantu kem petanque Johor mencapai sasaran satu pingat […]