Tag Archive for: kulai

BANDAR PUTRA-INDAHPURA KE ARAH BANDAR PINTAR DAN MAMPAN

  #Kulai – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) melancarkan pelaksanaan Bandar Putra-Indahpura ke arah bandar pintar dan mampan yang bakal mentransformasi kawasan berkenaan sebagai bandar berteknologi tinggi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.   Tiga aspek diberikan fokus bagi menjayakan agenda tersebut iaitu memperkasa elemen bandar pintar, rendah karbon dan membangun bandar kembar digital, penyediaan data […]

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS-JB HAMPIR SIAP

  #JohorBahru – Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) sepanjang 192 kilometer (KM) yang menghubungkan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Johor Bahru kini hampir siap dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh terdekat. Ia akan disusuli dengan perkhidmatan projek Keretapi Elektrik (ETS) sektor selatan yang dijangka akan beroperasi pada sekitar Ogos depan yang dilihat mampu membawa antara […]

KEBAJIKAN CALON SPM TERJEJAS BANJIR TERJAGA

  #KotaTinggi – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sentiasa memberikan keutamaan terhadap kebajikan 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas akibat banjir di negeri ini.   Inisiatif diambil adalah penyediaan tempat ulang kaji pelajaran yang kondusif terutama melibatkan sekolah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti penggunaan pusat sumber sekolah untuk […]

MERCEDES-BENZ AG BUKA PUSAT LOGISTIK DI JOHOR

  Mercedes-Benz AG secara rasminya membuka fasiliti canggih Pusat Logistik Komponen Rantau Asia dengan jangkaan nilai pelaburan mencecah sehingga RM1.5 bilion di negeri ini.   Terletak di Senai Airport City, Kulai, pusat logistik berkeluasan 62.6 ekar yang siap dibina dalam tempoh 23 bulan itu menjadi manifestasi keberkesanan inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) menarik pelaburan berimpak […]

INISIATIF KFL BAWA LIMPAHAN MANFAAT

  Sepanjang tempoh tiga tahun dilaksanakan, Kulai Fast Lane (KFL) telah berjaya menempa pencapaian membanggakan termasuk menarik pelaburan bernilai lebih RM40 bilion terutama dalam sektor elektronik dan perkhidmatan yang mencipta hampir 7,000 ribu peluang pekerjaan di Kulai.   Pencapaian signifikan berkenaan susulan pelaksanaan inisiatif itu didorong oleh proses pemajuan secara pantas termasuk dari segi kelulusan […]

RMMJ REALISASI HASRAT MILIKI RUMAH

  Impian memiliki kediaman sendiri yang selesa akhirnya menjadi realiti apabila 346 pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Rumah Bandar Laman Putra, dekat Kulai hari ini menerima kunci rumah masing-masing.   Pembeli RMMJ kategori B rumah bandar atau ‘town house’, Mazuan Midin dan isterinya Nur Haliza Johari tidak menyangka impian untuk memiliki rumah sendiri […]

KEJAYAAN KULAI FAST LANE DIIKTIRAF DAN WAJAR DICONTOHI

  Pelaksanaan Kulai Fast Lane (KFL) oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerima pengiktirafan oleh YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiusaha Negara.   Pengiktirafan tersebut dizahirkan beliau ketika mengadakan lawatan kerja ke MPKu selain turut menyuarakan keyakinan inisiatif berkenaan berpotensi meningkatkan […]

KULAI CYCLING PARK ‘PORT’ LEPAS GERAM GENG BASIKAL

  Pembinaan laman rekreasi khusus untuk aktiviti berbasikal di Bandar Indahpura, Kulai jelas menerima reaksi positif dari penggemar sukan berkenaan untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan selamat.   Fasa satu pembinaan Kulai Cycling Park oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) ini melibatkan kos berjumlah RM855,000 dan merangkumi kemudahan trek joging serta dataran yang […]

USAHAWAN LUASKAN PERNIAGAAN ‘FOOD TRUCK’ KE RESTORAN

  Bermula sekadar hobi bagi mencuba pelbagai resepi baharu, kini aktiviti memasak menjadi punca pendapatan utama buat Muhammad Jamil Zaini, 38 sejak membuka Restoran Streetcrew di Kulai.   Berkongsi kisah awal kejayaannya, Jamil mula mengusahakan perniagaan makanan dan minuman menggunakan kendera saji di sekitar Kulai pada tahun 2012 sebelum berhijrah ke restoran tiga tahun berikutnya. […]

NILAI TAMBAH PRODUK EKOPELANCONGAN

  Trend mencari ketenangan dengan menikmati kekayaan khazanah alam semula jadi sebagai terapi daripada kesibukan bandar semakin digemari masyarakat sekali gus melonjakkan produk ekopelancongan termasuklah Taman Eko Rimba di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.   Bagi menyediakan infrastruktur yang selesa dan kondusif kepada pengunjung bagi menjalankan aktiviti tersebut, pihak jabatan menerima RM1.2 juta daripada […]