Tag Archive for: zon ekonomi khas johor singapura

HAB MAKANAN HALAL PERTAMA PARIS BAGUETTE DIBUKA

  #IskandarPuteri – Pembukaan rasmi hab makanan halal Paris Baguette, rangkaian bakeri terkenal antarabangsa melibatkan pelaburan RM130 juta oleh SPC Group dari Korea Selatan di negeri ini, mengukuhkan lagi kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan primer dan ideal.   Pembangunan fasiliti canggih dilengkapi tujuh barisan pengeluaran berkapasiti 100 juta produk bakeri setahun itu bukan sahaja memperkukuhkan […]

IMFC-J TARIK PELABURAN BERNILAI TINGGI KE JOHOR

  #IskandarPuteri – Pelancaran Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) di Forest City dijangka melonjak negeri ini menjadi destinasi mesra pelabur utama menerusi kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Invest Johor dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).   Setakat Januari lalu, IMFC-J telah menerima 88 pertanyaan berkaitan pelaburan dengan sebahagian daripadanya […]

JTDC RINTIS KERJASAMA PERKASA PEMBANGUNAN BAKAT

  #JohorBahru – Pusat Pembangunan Kemahiran Johor (JSkills) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Politeknik Republik (RP) dan EPI Singapura yang merupakan antara institut latihan pusat data terkemuka dunia.   MoU antara JSkills dan RP serta EPI Singapura atas platform Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) itu melibatkan penawaran program kemahiran dan pensijilan tenaga kerja pusat data […]

JS-SEZ LONJAK JOHOR JADI KUASA BESAR EKONOMI

  #IskandarPuteri – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menjadi platform penting memperkukuh hubungan Malaysia terutama Negeri Johor dengan Singapura dan berupaya menarik peluang pelaburan berimpak tinggi menerusi kepelbagaian sektor.   Zon khas berkenaan disifatkan Prof. Dr. Azmi Hassan berada dalam lokasi strategik untuk mencapai sasaran ditetapkan Kerajaan Persekutuan untuk menarik 100 projek dalam tempoh […]

INSENTIF JS-SEZ BAWA PELABURAN BERNILAI TINGGI KE JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan dan Kerajaan Johor telah mengumumkan pakej insentif cukai baharu di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berkuat kuasa 1 Januari 2025 yang bertujuan untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri ini.   Pakej insentif berkenaan yang merangkumi kadar cukai istimewa itu juga menjadi ikhtiar […]

UEM SUNRISE SEDIA MAIN PERANAN JAYAKAN JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai enjin pertumbuhan ekonomi utama negara terutama menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang berupaya merangsang pertumbuhan dan mentransformasi landskap hartanah serta perumahan di rantau ini.   Bakal menjadi hab ekonomi baharu, JS-SEZ diyakini berpotensi memperkukuh hubungan ekonomi Johor dan Singapura, membuka peluang pelaburan […]

PENGERANG BERPOTENSI TERIMA RAMAI PELABUR LUAR

  #KotaTinggi – Kerajaan Negeri menjangkakan Pengerang bakal menerima kehadiran lebih ramai pelabur luar menerusi inisiatif Johor Super Lane (JSL) diperkenalkan dalam Belanjawan Johor 2025 yang menjadi platform penyeragaman proses dan peningkatan ‘ease of doing business’ di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Antara penambahbaikan signifikan melalui pelaksanaan JSL adalah penjimatan masa proses pemajuan tanah […]

LALUAN BAHARU RANCAK PELANCONGAN DAN EKONOMI

  #IskandarPuteri – Tourism Johor menyambut baik laluan baharu penerbangan terus Batik Air di antara Johor Bahru dengan Bangkok, Thailand bermula Isnin lalu, yang bakal memberikan limpahan manfaat apabila memudahkan akses pelancong dan menawarkan peluang besar dalam aktiviti ekonomi serta pelancongan di negeri ini.   Perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut mampu memperkukuh Zon Ekonomi Khas Johor […]

JOHOR TEROKA PELUANG PELABURAN

  #IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh hubungan ekonomi dan peluang kerjasama strategik dalam sektor teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecerdasan buatan (AI) menerusi lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Johor ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).   Delegasi Kerajaan Negeri ke Abu Dhabi diketuai YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengadakan pertemuan dengan […]

JOHOR TIMBA ILMU DENGAN KOREA SELATAN

  #IskandarPuteri – Negeri Johor terus mengatur strategi untuk menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara menerusi pemantapan strategi bagi terus memperkukuh rantaian bekalan tempatan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.   Penganjuran Forum Ekonomi Sinergi Johor 2024 menampilkan Prof. Dr. Keun Lee, Pensyarah Ekonomi Universiti Nasional Seoul menjadi platform kepada negeri ini mengambil inspirasi daripada model […]