TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN, IKLAN 2023 DILANJUTKAN SEHINGGA 28 FEBRUARI


Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman berucap ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 12/2022, hari ini.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memberikan lanjutan tempoh pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2023.

 

Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman berkata, lanjutan tanpa dikenakan sebarang caj penalti kelewatan pembaharuan lesen itu diberikan sehingga 28 Februari ini.

 

Menurut beliau, mulai 1 Mac depan, kegagalan pembaharuan dilakukan akan menyebabkan lesen perniagaan dan iklan dibatalkan serta merta.

 

“Ini bermakna sekiranya lesen dibatalkan, pemilik perniagaan yang masih menjalankan operasi perniagaan perlu membuat permohonan lesen mengikut prosedur penuh permohonan lesen perniagaan dan iklan,” katanya dalam ucapan ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 12/2022, hari ini.

 

Mohd Noorazam turut memaklumkan pengambilan lesen dan pelekat lesen perniagaan dan iklan yang telah dijelaskan bayaran melalui eKhidmat boleh dilakukan dalam masa 14 hari selepas bayaran dijelaskan di kaunter Jabatan Pelesenan MBJB, Aras 5, Menara MBJB.

 

“Surat tawaran serta salinan resit rasmi bayaran yang menunjukkan bukti pembayaran dan nombor akaun lesen perlu dibawa sekiranya tuan/puan ingin menuntut lesen perniagaan dan pelekat lesen.

 

“Pembaharuan lesen perniagaan dan iklan ini boleh dibuat di Kaunter Setempat MBJB atau menerusi eKhidmat,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor