TERUSKAN LEGASI ELAK PUPUS DITELAN ZAMAN


Sapari Sukarjo menunjukkan karya wayang kulit warisan turun-temurun berusia lebih 150 tahun yang diperbuat daripada kulit harimau. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Apabila bercerita mengenai wayang kulit, pasti akan terbit dalam fikiran segelintir masyarakat mengenai unsur khurafat mahupun mistik yang bercanggah dengan akidah dalam seni persembahan tradisional Melayu ini.

 

Berbeza pula dengan Sapari Sukarjo, 60, dari Batu Pahat, yang masih menjadikan wayang kulit sebagai kerjaya sepenuh masa dan penerus legasi turun temurun agar tidak pupus di Negeri Johor.

 

Bagaimanapun, beliau bukanlah pemain wayang kulit, sebaliknya kini merupakan pembuat patung wayang kulit yang turut mahir dalam pembuatan kuda kepang selain cenderamata eksklusif beridentitikan Johor.

 

Sehingga ke hari ini, Sapari tidak lokek malah menjadi sumber maklumat dan pendidikan bagi membantu masyarakat terutama pelajar mengetahui lebih lanjut mengenai pembuatan wayang kulit.

 

Pernah bergiat aktif dalam seni persembahan tradisional Melayu, beliau memberitahu masih terdapat penggemar wayang kulit memintanya menghasilkan patung wayang kulit untuk dijadikan perhiasan di rumah.

 

Sebagai salah seorang pembekal cenderamata di The Johor Collection (TJC) di Jalan Dhoby, Sapari turut menghasilkan cenderamata ‘custom-made’ kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan.

 

Malah, siapa sangka ‘letup-letup’ atau senapang buluh yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu juga dihasilkan olehnya secara ‘handmade’ yang mahu permainan ini kembali dimainkan oleh generasi masa kini.

 

SAFIS ART

Waktu Operasi:
🗓 Setiap Hari
🕛 Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Wakaf 5, Perkampungan Kraf, Kompleks Kraftangan Johor, Jalan Cenderasari, Off, Jln Datin Halimah, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor