TOURISM JOHOR SASAR TARIK 20 JUTA PELANCONG TAHUN INI


Tahun 2023 merekodkan lebih 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke Negeri Johor. | Foto arkib MDJ

 

Pemerkasaan industri pelancongan dilaksanakan Kerajaan Negeri melibatkan pelbagai inisiatif berjaya memberikan impak positif sekali gus menyaksikan kehadiran lebih 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini, direkodkan pada tahun lalu.

 

Selain menterjemahkan sektor pelancongan yang semakin rancak, jumlah kehadiran pelancong berkenaan juga secara tidak langsung meningkatkan keyakinan Kerajaan Negeri khusus Tourism Johor untuk menarik kira-kira 20 juta pelancong pada tahun ini.

 

Enam segmen pelancongan telah dikenal pasti mampu menjadi pemangkin dan pemacu sektor pelancongan Negeri Johor iaitu eko-pelancongan, pelancongan sukan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan bersejarah dan pelancongan gastronomi.

 

Di samping itu, Tourism Johor juga percaya pembukaan semula produk pelancongan negeri kepada pengunjung selepas selesai dinaik taraf seperti Zoo Johor pada April ini, bakal menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi tumpuan pelancong pada tahun 2024.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor