IKAN PAUS GERGASI CURI TUMPUAN FLLSPG 2024


Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024 yang berlangsung mulai 24 Februari hingga 3 Mac ini. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Layang-layang gergasi bentuk ikan paus dinaikkan oleh Persatuan Wau dan Layang-layang (PELAYANG) Johor mencuri tumpuan umum di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024.

 

Berkongsi mengenai layang-layang berkenaan, Mohammad Bokhari Bakri, 47 yang berkecimpung secara aktif sepanjang 22 tahun memberitahu layang-layang moden itu dibeli oleh persatuan pada tahun lalu dan buat pertama kali menghiasi ruang angkasa Pasir Gudang.

 

Selain layang-layang tersebut, terdapat ratusan layang-layang lain turut dinaikkan menerusi sesi pertunjukan oleh peserta tempatan berserta pengunjung yang hadir sempena FLLSPG Kali Ke-26 ini.

 

Lebih menarik, festival tersenarai dalam Kalendar Acara Pelancongan Negeri Johor juga bakal mempersembahkan aksi memukau layang-layang LED menggunakan alat kawalan jauh yang dijangka menjadi tarikan pengunjung.

 

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang berlangsung FLLSPG 2024 seperti ceramah agama, persembahan artis, ekspo jualan dan pameran, pertandingan karaoke, persembahan tarian dan kugiran serta pertunjukan layang-layang peserta kebangsaan dan antarabangsa.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor