JOHOR KOMITED SEDIA PRODUK PELANCONGAN TARAF ANTARABANGSA


Johor sedia terima kedatangan 12 juta pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Persiapan awal sebagai persediaan untuk menerima kedatangan 12 juta pelancong seperti disasarkan sempena Tahun Melawat Johor 2026 sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor yang melibatkan pemantauan gerak kerja pembangunan infrastruktur pelancongan.

 

Sebanyak RM67.6 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dengan Kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi berkaitan untuk melaksanakan 15 projek menambah baik infrastruktur pelancongan dalam Belanjawan Johor 2024.

 

Kerja penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur yang dilakukan menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menawarkan produk-produk pelancongan bertaraf antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara.

 

Terdahulu, berlangsungnya Majlis Perasmian ‘Johor Bahru Central Business District (CBD) Heritage Walk’ disempurnakan oleh YBrs. Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor yang menjadi sebahagian inisiatif mempromosi destinasi pelancongan dengan tumpuan kepada elemen warisan, sejarah dan budaya di Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor