TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA


Tampil buat pertama kali pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024, Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman berjaya memenangi pingat perak bagi acara berbasikal lepas beramai-ramai berpasukan di Politeknik Kuching, Sarawak. | Foto MDJ

 

Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.

 

Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan di Politeknik Kuching, Sarawak, pada Khamis.

 

Pasukan berbasikal Johor dibarisi Aniq bersama-sama Muhammad Adam Danish, Muhammad Amin Ashraff, Muhammad Faheem Razen, Muhammad Hariz dan Zi Hen Heng berjaya mencatatkan masa 11:00:58s untuk menduduki tempat kedua.

 

Aniq turut menghargai peranan dimainkan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam membantunya dan pasukan terutama menerusi kelengkapan fasiliti latihan serta sokongan positif sebelum memulakan perlumbaan.

 

Kem berbasikal lebuh raya Johor akan meneruskan saingan dalam perlumbaan kriterium yang bakal berlangsung di Politeknik Kuching, pada Sabtu.

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor