UMAR OSMAN PECAH REKOD 32 TAHUN SUKMA


Pasukan Olahraga Johor berjaya mengutip sembilan pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa di Stadium Sarawak sepanjang temasya Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Stadium Sarawak menjadi saksi Umar Osman memecahkan rekod baharu sukan olahraga acara 800 meter lelaki dengan catatan masa 1:51.19 selepas 32 tahun rekod tersebut kekal.

 

Selepas membantu kuartet 4 x 400 meter lelaki dan memecahkan rekod acara kegemarannya 400 meter individu, Umar Osman yang berumur 21 tahun berpuas hati dengan pencapaian empat pingat emas diperolehinya untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) terakhir beliau ini.

 

Kejayaan berganda untuk SUKMA kali ini ditujukan khas untuk kedua ibu bapa, dan Umar berterima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan pihak The Cage yang telah banyak membantu dari segi sains sukan untuk semua atlet Johor.

 

Misi seterusnya adalah mempersiapkan diri dan sentiasa berada pada tahap terbaik untuk bersedia menempuh ujian di Sukan SEA 2025 di Thailand nanti.

Pasukan Olahraga Johor berjaya mengutip sembilan pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa di Stadium Sarawak sepanjang temasya Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024.

 

Tahniah Umar Osman, ‘The Record Breaker’!