UMAR OSMAN PERBAHARUI REKOD SUKMA


Umar Osman mencatat rekod baharu acara kuartet 4×400 meter lelaki dengan catatan masa 3:12.35 | Foto MDJ Wira Anggara

 

Pelari 400 meter Johor mencetuskan sensasi pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak apabila mencatat rekod baharu dengan catatan 46.78 saat.

 

Umar Osman nyata sukar digugat apabila merangkul pingat emas ketiga dalam sukan Olahraga, selepas beliau turut mencatat rekod baharu acara kuartet 4×400 meter lelaki dengan catatan masa 3:12.35

 

Pelari kelahiran Johor Bahru ini mengakui agak keletihan selepas beraksi dalam dua acara sebelum ini, tetapi tetap yakin untuk memberi saingan kepada pelari lain.

 

Selain perasaan lega mempertahankan pingat emas, Umar tidak mahu terburu-buru memecahkan rekod kebangsaan miliknya kerana baru pulih daripada kecederaan.

 

Tahniah Umar!

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor