USAHA BERTERUSAN PULIHARA SUMBER, BIODIVERSITI PERIKANAN


Antara tukun konservasi yang dilabuhkan di perairan Mersing. | Foto ihsan Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor

 

Pejabat Perikanan Negeri Johor melabuhkan 12 unit tukun konservasi bernilai RM355,000 di perairan Pulau Mertang dan Pulau Lima dekat Mersing.

 

Angka tersebut menjadikan sebanyak 130 unit tukun dengan nilai RM5.5 juta telah dilabuhkan di perairan Johor, sejak tahun 2007.

 

Selain itu, sebanyak 140 unit unjam juga dilabuhkan di perairan Pontian dan Batu Pahat bagi membantu operasi menangkap ikan dan perikanan rekreasi.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan inisiatif secara berterusan itu untuk melestarikan alam sekitar serta pemuliharaan sumber dan biodiversiti perikanan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor