INTERVENSI KERAJAAN JOHOR TERHADAP CIQ BSI & KSAB PENTING DEMI IMEJ NEGARA


Timbalan Dekan (Kajian, Pembangunan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Ts. Dr. Muhammad Zaly Shah berkata, peruntukan berfokus daripada Kerajaan Negeri penting kerana sempadan negara itu merupakan imej utama kepada Malaysia dan khususnya kepada Negeri Johor. | Foto MDJ

 

Peruntukan melibatkan pengoperasian pintu sempadan paling sibuk di dunia iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri antara perkara perlu diberi tumpuan Kerajaan Negeri menjelang Belanjawan Johor 2024 akan datang.

 

Timbalan Dekan (Kajian, Pembangunan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Ts. Dr. Muhammad Zaly Shah berpendapat bahawa peruntukan berfokus daripada Kerajaan Negeri penting kerana sempadan negara itu merupakan imej utama kepada Malaysia dan khususnya kepada Negeri Johor sejak kebelakangan ini.

 

Timbalan Dekan (Kajian, Pembangunan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Ts. Dr. Muhammad Zaly Shah. Foto MDJ Nurina Aisyah.

“Kami di peringkat UTM sentiasa bersedia melihat peluang dan ruang yang ada untuk menambah baik kaedah yang belum dilaksanakan namun mempunyai potensi untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini.

 

“Sudah tentu selaku penyelidik, CIQ ini sangat penting bukan sahaja berperanan sebagai pintu masuk tetapi ianya juga punca kepada penjanaan ekonomi negara. Ini kerana ianya menjadi laluan pedagang kedua-dua negara (Malaysia-Singapura),” katanya kepada Media Digital Johor.

 

Beliau juga berharap belanjawan 2024 ini akan memberi fokus bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di kedua-dua CIQ berkenaan agar tidak muncul sebarang isu yang boleh merencatkan pembangunan serta penjanaan ekonomi negara.

 

Sementara itu, bagi Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, Dr. Safizahanin Mokhtar, berkata inisiatif kerajaan menerusi Projek Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura antara perancangan yang baik bagi melancarkan pergerakkan pengguna pengangkutan awam pada masa akan datang.

 

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, Dr. Safizahanin Mokhtar. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Beliau menjelaskan mod pengangkutan ringan seperti skuter dan basikal kini menjadi pilihan namun kurang mempunyai ruang parkir yang lebih selamat dan kondusif kepada pengguna.

 

“Peruntukan Kerajaan Negeri akan datang ini perlu melihatkan kepada sektor pengangkutan awam, pejalan kaki dan berbasikal. Jadi mod pengangkutan seperti ini yang perlu diutamakan terutamanya di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar sebagai inisiatif untuk membantu mengurangkan kesesakkan penggunaan kenderaan serta keselamatan dan keselesaan pengguna lain,” katanya.

 

 

 

#BelanjawanJohor2024
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor