UTHM TERAJUI USAHA JTDC LAHIR BAKAT TVET

YB Nor Rashidah Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja hadir mewakili YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merasmikan Majlis Penutup Program Digital TVET Transformation Summit 2025 (DOTS’25) di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#BatuPahat – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi peneraju dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Digital negara dengan menyokong inisiatif Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dalam usaha melahirkan lebih bakat tempatan berkemahiran.
Pelancaran Jawatankuasa JTDC @ UTHM sempena Program Digital TVET Transformation Summit 2025 (DOTS’25) menandakan langkah strategik UTHM dalam usaha untuk merapatkan jurang antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan dunia industri.
Jawatankuasa JTDC @ UTHM ini akan berfungsi sebagai penyelaras pelbagai program pembangunan bakat, latihan industri serta kerjasama dengan syarikat-syarikat industri sebenar.
Antara inisiatif utama yang bakal dilaksanakan termasuklah program JTDC Job Fair X MyFutureJobs Johor 2025 @ UTHM yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 1 Jun ini. Ia dijangka akan menawarkan lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan kepada graduan dan pencari kerja, hasil kerjasama antara JTDC dan UTHM.
Komitmen ini sekali gus membuktikan keseriusan UTHM dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal, malah mampu beradaptasi terhadap persekitaran perubahan digital dan juga keperluan pasaran semasa.
Terdahulu, YB Nor Rashidah Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja hadir mewakili YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merasmikan Majlis Penutup Program Digital TVET Transformation Summit 2025 (DOTS’25) di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, hari ini.
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor