WAKAF KINI HANYA DI HUJUNG JARI


YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hadir menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Aplikasi Tulus Jariah Wakaf Johor di KSL Resort, Johor Bahru yang turut dihadiri YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Seiring dengan arus perubahan teknologi tinggi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini memperkenalkan aplikasi Tulus Jariah sebagai pendekatan bagi menggalakkan lebih ramai umat Islam dapat melaksanakan amal jariah secara digital yang boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

 

Melalui inisiatif terbaharu ini, ia memberi peluang kepada umat Islam untuk membuat pelbagai urusan pembayaran seperti zakat, wakaf, sedekah, hasanah, infaq dan korban dengan lebih mudah dan telus.

 

Selain itu, aplikasi Jariah Wakaf juga menjadi medium bagi menarik minat orang ramai untuk berwakaf, sekali gus dapat meningkatkan kutipan saham wakaf Johor menerusi Jariah Wakaf Johor pada kadar serendah RM1.00 yang boleh dibuat tanpa mengira masa dan tempat, selain ia menjadi amal jariah berpanjangan kepada individu berkenaan.

 

Terdahulu, YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hadir menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Aplikasi Tulus Jariah Wakaf Johor di KSL Resort, Johor Bahru yang turut dihadiri YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.

 

Sementara itu pada program sama, sebanyak lima sekolah menerima Agihan Manfaat Wakaf untuk kegunaan dan keperluan kelengkapan berjumlah RM40,000, manakala empat mesin dialisis berjumlah RM160,000 turut disumbangkan MAINJ kepada Waqaf Annur Corporation untuk kegunaan rawatan pesakit buah pinggang.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor