WARISAN TIDAK LAPUK DITELAN ZAMAN


Proses pembuatan dan pengukuhan permukaan kompang yang digunakan dari kulit kambing. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Malaysia kaya dengan hasil hutan yang pelbagai seterusnya menyumbang kepada penghasilan produk kraf termasuklah alat muzik tradisional Melayu yang menjadi pelengkap kepada seni persembahan.

 

Selain mampu bertahan lama dan berkualiti, alat muzik tradisional daripada kayu kayan hutan berperanan penting mengiringi seni persembahan termasuk nyanyian dan tarian menerusi irama dihasilkan.

 

Berkongsi mengenai keistimewaan instrumen muzik yang tidak lapuk ditelan zaman, Mohd Ismail Abd Rahim, 47, memberitahu pihaknya sentiasa menerima tempahan daripada pelanggan antaranya kompang.

 

Bagi tujuan tersebut, beliau mengambil inisiatif untuk menyediakan alat muzik secara ‘ready stock’ di kiosnya, tidak seperti pengusaha lain yang mengambil pesanan dahulu diikuti dengan proses pembuatan.

 

Pembuat alat muzik tradisional Melayu di Kompleks Kraf Johor itu memaklumkan telah mengambil peluang mengembangkan bakat pembuatan instrumen itu bagi memenuhi permintaan pasaran.

 

Selain itu, Mohd Ismail juga menghasilkan pemukul untuk gendang, beduk, rebana dan bidor yang berkualiti agar paluan ke permukaan alat muzik dihasilkan kulit haiwan tidak merosakan alunan bunyi.

 

Turut dihasilkan adalah kentung dihasilkan daripada kayu halban, leban dan mahogani yang merupakan instrumen penting memaklumkan masuk waktu solat selain menghantar isyarat berita kematian dan kecemasan.

 

Graduan jurusan perbankan daripada univerisiti awam terkemuka itu memilih untuk beralih arah kepada pembuatan instrumen berkenaan bagi memarbatkan alat muzik tradisional Melayu.

 

Pada masa sama, menjadi hasratnya bagi menarik penyertaan lebih ramai golongan muda bagi meneruskan legasi peninggalan bapanya yang juga merupakan pembuat alat muzik tradisional Melayu di negeri ini.

 

Untuk rekod, Johor merupakan negeri yang paling banyak menerima tempahan alat muzik tradisional Melayu seperti kompang dan rebana moden selain negeri terletak di Pantai Timur Malaysia.

 

Antara permintaan lain termasuklah gendang untuk wayang kulit dan gamelan, jidur, angklung, pelbagai jenis rebana dan gambus serta gedombak.

 

WANDARISNOR KOMPANG BALDU

Waktu Operasi:
🗓 Setiap Hari
🕛 Jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
📍 Wakaf 2, Perkampungan Kraf, Kompleks Kraftangan Johor, Jalan Cenderasari, Off, Jln Datin Halimah, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor