187 SEKOLAH SEDIA JADI PPS


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan sebanyak 187 sekolah akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menghadapi musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL). | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sebanyak 187 sekolah di negeri ini, akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir bagi menghadapi musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah bermula awal November.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 73 buah sekolah adalah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, diikuti Segamat (25), Kluang (22), Muar (16), Tangkak (15), Kota Tinggi (12), Mersing (7), Pontian (6), Kulai (5), Johor Bahru (4) dan Pasir Gudang (2).

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan mesyuarat koordinasi juga telah diadakan antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan PPD untuk menyelaras gerak kerja di setiap daerah.

 

Kesemua PPS berkenaan akan dibuka sekiranya isyarat bencana diaktifkan selain tindakan awal bakal diambil agensi berkaitan bagi mengelak kemusnahan harta benda sekolah seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor