190 POKOK DITANAM DELEGASI SEMPENA APCW 2023


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han bersama wakil kerajaan dan barisan delegasi pada Program Penanaman Pokok. | Foto MDJ: Wira Anggara

 

Sebanyak 190 pokok terdiri pelbagai jenis ditanam di Sireh Park, Iskandar Puteri, simbolik kepada penganjuran Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023).

 

Kesemua pokok yang ditanam oleh delegasi APCW 2023 dari pelbagai negara itu sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

 

Program Penanaman Pokok yang dianjurkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Dato’ Mohd Noorazam Osman; Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Asman Shah Abd Rahman.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor