3 STRATEGI, 8 INISIATIF DEMI PELIHARA ALAM SEKITAR


Persekitaran yang lestari merupakan sebahagian daripada ciri masyarakat yang maju dan bertamadun | Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar di Negeri Johor sentiasa terpelihara.

Bagi tujuan tersebut, tiga strategi dan lapan inisiatif di bawah teras Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian telah dirangka untuk memastikan matlamat tersebut dilaksanakan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, empat inisiatif akan dilaksanakan di bawah strategi Mewujudkan Persekitaran Yang Selamat, Bersih, Indah dan Ceria.

“Inisiatif pertama, Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV). Inisiatif kedua pula ialah Pengindahan Bandar. Inisiatif ketiga ini ialah Kesejahteraan Luar Bandar. Inisiatif terakhir dalam strategi ini ialah Program Sambutan Hari Landskap Negeri Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023.

Bagi strategi Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai, Onn Hafiz berkata, dua inisiatif akan dilaksanakan iaitu Program Pemuliharaan Sungai serta Penyelenggaraan Sungai dan Saliran.

Selain itu, ujar beliau, kerajaan negeri akan melaksanakan dua inisiatif di bawah strategi Memperkasa Johor Lestari.

“Inisiatif pertama ialah Pemeliharaan Kawasan dan Sumber Hutan. Inisiatif kedua ialah Agenda Rendah Karbon,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor