5 STRATEGI, 28 INISIATIF BAGI TERAS ORANG MUDA JOHOR


Kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian serius kepada pembangunan belia atau Orang Muda Johor | Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Lima strategi dan 28 inisiatif di bawah teras Orang Muda Johor dirangka agar pembangunan generasi belia dapat sentiasa memberi nilai tambah kepada kemajuan serta kejayaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, strategi Kepimpinan Belia Johor menampilkan tujuh inisiatif yang akan dilaksanakan.

“Inisiatif pertama, Medini Leadership. Inisiatif kedua, Hikmah Johor – International Youth Conference. Inisiatif ketiga, Ruang Narasi.

“Inisiatif keempat pula ialah Program Duta Mahasiswa Johor. Inisiatif kelima dalam strategi ini ialah Persatuan Mahasiswa IPT Anak Johor.

“Inisiatif keenam dalam strategi Kepimpinan Belia Johor ialah Dewan Muda Johor. Inisiatif ketujuh, Johor Young CEO Talent,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023.

Onn Hafiz berkata, sebanyak lima inisiatif akan dilaksanakan di bawah strategi Sukan dan Rekreasi.

“Inisiatif pertama ialah Pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri. Inisiatif kedua dalam strategi ini ialah Program GRIT 2030.

“Inisiatif ketiga ialah Pemerkasaan Persatuan Sukan. Inisiatif keempat ialah Program Gold Johor. Inisiatif kelima pula ialah Menaiktaraf Infrastruktur dan Fasiliti Sukan,” katanya.

Bagi strategi Pendidikan Anak Muda, ujar beliau, tujuh inisiatif akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Inisiatif pertama dalam strategi ini ialah Bantuan Pendidikan. Inisiatif kedua pula ialah Pembangunan Murid. Inisiatif ketiga ialah Program Bacaan LAB (Literasi Alaf Baru).

“Inisiatif keempat pula ialah Pembangunan Guru. Inisiatif seterusnya adalah Program Youngsters Coding. Inisiatif keenam ialah Program Young Dronegineers. Inisiatif ketujuh dalam strategi ini ialah Menaiktaraf Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ),” katanya.

Menteri Besar Johor berkata, empat inisiatif akan dilaksanakan di bawah strategi Memperkasa Semangat Kesukarelawanan.

“Inisiatif pertama, Youth Engagement. Inisiatif kedua ialah Southern Volunteers (SV) Prihatin. Inisiatif ketiga pula ialah Skuda Muda SV. Inisiatif keempat ialah Disaster Response Training,” katanya.

Di bawah strategi Pemerkasaan Pendidikan dan Syiar Islam, Onn Hafiz berkata, sebanyak lima inisiatif akan dilaksanakan kerajaan negeri.

“Inisiatif pertama ialah Pemodenan Pengimarahan Masjid. Inisiatif kedua ialah Khatam Al-Quran. Inisiatif ketiga pula ialah Program Pentauliahan Imam Muda.

“Inisiatif keempat di bawah strategi ini ialah Huffaz Bangsa Johor. Inisiatif kelima ialah Program Intervensi Tahfiz,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor