3,700 SERTAI L’ETAPE JOHOR 2023


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan flag off edisi kedua perlumbaan itu. | Foto ihsan Facebook Hairi Md Shah

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 3,700 penunggang basikal menyertai L’Etape Johor 2023 by Tour De France di Desaru Coast, dekat Kota Tinggi.

 

Hadir menyempurnakan flag off edisi kedua perlumbaan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

 

Turut bersama dalam sesi tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar.

 

Mohd Hairi berkata, lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penunggang basikal yang menyertai acara bertaraf antarabangsa itu merupakan peserta dari luar negara.

 

“Melihat jumlah penyertaan hampir 10,000 peserta bagi dua siri penganjuran L’etape ini membuktikan Johor sememangnya boleh menjadi hab sukan pelancongan dengan pelbagai lagi penganjuran acara bertaraf antarabangsa.

 

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada penganjur, jabatan atau agensi dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan L’etape Johor by Tour de France 2023,” kata beliau.

 

Sementara itu, Raven Kumar berkata, acara berprestij antarabangsa itu juga mengembangkan industri pelancongan sukan di negeri ini, dengan menarik pelancong sebagai peserta acara dan penonton.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor