4 STRATEGI, 19 INISIATIF TERAS JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL


Kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen mempertahan dan memulihara lingkungan semula jadi orang asli | Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan melaksanakan empat strategi dan 19 inisiatif di bawah teras Jaringan Keselamatan Sosial.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi Strategi Pembangunan Perumahan Rakyat, enam inisiatif bakal dilaksanakan.

“Inisiatif pertama ialah Penyediaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), inisiatif kedua ialah Pemberian Baucar RM1,000 RMMJ, inisiatif ketiga ialah Pengurusan dan Penyelenggaraan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Flat Awam.

“Inisiatif kelima ialah Program Bantuan Rumah (PBR), inisiatif kelima, Sistem Perumahan Negeri Johor dan inisiatif keenam ialah Ekspo Hartanah Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023, semalam.

Onn Hafiz berkata, Strategi Kebajikan Rakyat pula melibatkan pelaksanaan empat inisiatif iaitu Membasmi Kemiskinan, Pengukuhan Institusi Keluarga dan Pemerkasaan Wanita, Potensi Anak Jauhar serta Membela Orang Kurang Upaya.

Bagi Strategi Kesejahteraan Orang Asli, ujar beliau, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah Pembangunan Modal Insan Orang Asli serta Pembangunan Kampung Orang Asli Sejahtera.

Untuk Strategi Mengeratkan Perpaduan Bangsa Johor, Onn Hafiz memberitahu tujuh inisiatif direncanakan di bawah strategi tersebut.

“Inisiatif pertama ialah Duta Perpaduan Johor, inisiatif kedua pula ialah Karnival Bangsa Johor, inisiatif ketiga ialah Penubuhan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Pelbagai Agama.

“Inisiatif keempat ialah Membekalkan Peralatan Baru Kepada Skim Rondaan Sukarela Aktif, inisiatif kelima ialah Program-Program Silang Budaya Bangsa Johor, inisiatif keenam ialah Projek Akuagro Rukun Tetangga dan terakhir, Kerohanian dan Kebajikan Masyarakat Tiong Hua, India dan Lain-Lain,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor