TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI LAKSANA 6 STRATEGI, 29 INISIATIF


Kejayaan kerajaan negeri dalam penganjuran acara pelancongan seperti Le’Tape telah menjadi pemangkin kepada kehadiran pelancong ke Johor | Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan melaksanakan enam strategi dan 29 inisiatif di bawah teras Pembangunan Ekonomi bagi memperkasa sektor ekonomi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, strategi pertama adalah Memperkasa Misi Pelaburan yang melibatkan lima inisiatif.

“Inisiatif pertama ialah Pemerkasaan dan Pengkorporatan Invest Johor. Inisiatif kedua dalam strategi ini adalah Misi Galakan Pelaburan, Pameran Perdagangan dan Penyertaan Ekspo Antarabangsa.

“Inisiatif ketiga ialah Friendly Johor 2.0. Inisiatif keempat adalah Johor Go Global 2.0 dan inisiatif kelima pula ialah Penganjuran Johor International Business Summit,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023, semalam.

Onn Hafiz berkata, strategi kedua pula adalah Menyediakan Peluang Latihan Kemahiran dan Pemadanan Pekerjaan melibatkan empat inisiatif.

“Inisiatif pertama ialah Hab Skills Johor. Inisiatif kedua ialah Program Latihan Kemahiran Johor. Inisiatif ketiga pula ialah Gerak Kerjaya Johor 2023 dan inisiatif keempat ialah Karnival TVET SMI 2023,” katanya.

Bagi strategi Memperkasa Industri Pelancongan, ujar beliau, enam inisiatif akan dilaksanakan.

“Inisiatif pertama ialah Kerja-Kerja Softscape dan Hardscape di Pintu Masuk Utama Negeri Johor. Inisiatif kedua ialah Penambahbaikan Infrastruktur Pelancongan. Inisiatif ketiga ialah Penganjuran Acara-Acara Pelancongan Johor.

“Inisiatif keempat ialah Pemasaran dan Promosi Majestic Johor. Inisiatif kelima pula ialah Piawaian Pelancongan Majestic Johor dan inisiatif terakhir ialah Pemerkasaan Sumber Manusia Sektor Pelancongan,” katanya.

Menteri Besar Johor memberitahu empat inisiatif akan dilaksanakan di bawah strategi Pembangunan Usahawan.

“Inisiatif pertama ialah Galakan Melahirkan Usahawan Baharu. Inisiatif kedua pula adalah Pengembangan Usahawan Sedia Ada. Inisiatif ketiga ialah Program Pembangunan Ekonomi Setempat dan inisiatif seterusnya ialah Festival Usahawan Bangsa Johor,” katanya.

Untuk strategi Memperkasa Industri Makanan, Onn Hafiz berkata, sebanyak tujuh inisiatif akan dilaksanakan.

“Inisiatif pertama ialah Program Kolaborasi Strategik, Pemodenan dan Pertanian Lestari. Inisiatif kedua ialah Pembangunan Industri Tanaman Makanan Utama dan Komoditi Berpotensi.

“Inisiatif ketiga pula ialah Program Pembangunan Industri Asas Tani. Inisiatif yang keempat ialah Program Pertanian Komuniti. Inisiatif seterusnya ialah Pembangunan Industri Ternakan.

“Inisiatif keenam ialah Pembangunan Industri Perikanan dan inisiatif ketujuh pula adalah Pembangunan Produktiviti Estet Kerang-Kerangan Negeri Johor,” katanya.

Selain itu, ujar beliau, strategi terakhir dalam teras Pembangunan Ekonomi adalah Pembangunan Koperasi melibatkan tiga inisitif.

“Inisiatif pertama adalah COOP MAJU JOHOR. Inisiatif kedua pula ialah Groom Big Produk Koperasi. Inisiatif ketiga ialah Anugerah Koperasi Terbaik,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor