500 PESERTA JAYAKAN JOHOR BERSIH@SUNGAI SKUDAI 2.0


Antara peserta yang hadir bagi menjayakan aktiviti gotong royong di sekitar tebing Sungai Skudai. | Foto ihsan Pejabat Daerah Johor Bahru

 

ISKANDAR PUTERI — Kira-kira 500 peserta menjayakan program Gotong Royong Johor Bersih@Sungai Skudai 2.0 di Kampung Pengkalan Rinting, dekat Tampoi.

 

Hadir menyempurnakan pelancaran program berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar.

 

Program berkenaan disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuklah 50 sukarelawan Southern Volunteers.

 

Memetik siaran dimuat naik dalam Facebook rasmi Pejabat Daerah Johor Bahru, kesemua peserta melaksanakan aktiviti pembersihan di persekitaran kawasan Sungai Skudai.

 

“Kerajaan Negeri Johor menyeru orang ramai untuk sama-sama berganding bahu dalam meneruskan inisiatif Johor Bersih demi memastikan sungai-sungai di Johor bebas dari sampah sarap,” jelas Pejabat Daerah Johor Bahru.

 

Turut hadir, Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Amiruddin Alaldin serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr Badrul Hisham bin Kassim.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor