745 MURID TAJ DIRAI PADA MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 2023


Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor (TAJ) Peringkat Negeri Johor kali ke-13 Tahun 2023M / 1445H yang berlangsung di Stadium Arena Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Inisiatif meningkatkan syiar Agama Islam dalam kalangan anak-anak yang beragama Islam diteruskan menerusi Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor (TAJ) Peringkat Negeri Johor kali ke-13 Tahun 2023M / 1445H, hari ini.

 

Majlis anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu menyaksikan seramai 745 anak-anak TAJ berusia antara 5 hingga 6 tahun berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran.

 

Selain itu, majlis khatam al-Quran yang diadakan merupakan acara kemuncak Program Pintar Al-Quran murid-murid TAJ di mana mereka dibimbing guru-guru daripada awal sehingga khatam al-Quran.

 

Untuk rekod, seramai 6,985 murid TAJ bagi Program Pintar Al-Quran secara keseluruhannya telah berjaya khatam al-Quran sejak program berkenaan bermula pada tahun 2010.

 

Perasmian Majlis Khatam Al-Quran TAJ Peringkat Negeri Johor kali ke-13 disempurnakan oleh YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor