90 TAN SISA BANJIR DIKUTIP DI KOTA TINGGI


Operasi pemersihan sisa sampah banjir di Kota Tinggi, baru-baru ini. | Foto SWM Environment Sdn. Bhd.

 

Sebanyak 90,000 kilogram (kg) sisa sampah banjir di Kota Tinggi dikutip dan dibersihkan menerusi Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang dilaksanakan bermula Jumaat lalu.

 

Operasi yang membabitkan 130 anggota kerja SWM Environment Kota Tinggi, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang itu melibatkan kerja pengutipan sampah di kawasan terjejas banjir sebelum ini yang membabitkan Taman Kota Jaya, Taman Mawai Jaya dan Kampung Kelantan.

 

Sebanyak 22 jentera seperti lori Roll-On Roll-Off (RORO) dan jentolak digunakan bagi membantu kerja pembersihan kediaman mangsa banjir yang turut diperluaskan hingga ke daerah Mersing.

 

Selain itu, pihak SWM Environment juga sedia menerima permohonan penggantian tong sampah beroda yang rosak atau hanyut akibat kejadian banjir.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor