3,833 LAMPU JALAN KAMPUNG (LJK) UNTUK MANFAAT BANGSA JOHOR

Kerajaan Negeri akan terus memastikan pembangunan kemudahan asas akan terus dilaksanakan secara menyeluruh dan berdasarkan keperluan setempat demi manfaat dan kesejahteraan Bangsa Johor. | Foto FB Israk Abdullah
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh kemudahan asas dan aspek keselamatan penduduk luar bandar menerusi Inisiatif Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 1 Tahun 2026 dengan pemasangan sebanyak 3,833 unit lampu di enam daerah tumpuan utama di negeri ini.
Inisiatif yang dilaksanakan sepanjang September hingga November 2026 itu melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Tangkak dan Muar, sekali gus mampu memberi manfaat kepada penduduk kawasan kampung yang berdepan dengan masalah jalan kurang pencahayaan.
Daripada jumlah keseluruhan berkenaan, 3,333 unit lampu dilaksanakan menerusi peruntukan RM10 juta daripada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor manakala 500 unit tambahan pula dilaksanakan melalui peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Pemasangan lampu solar ini akan memberi tumpuan kepada keperluan sebenar masyarakat, khususnya di kawasan jalan kampung yang gelap pada waktu malam, selain ia juga berupaya memberi nilai tambah dari aspek keselamatan, keselesaan dan pergerakan penduduk, terutama pada waktu malam.
Kerajaan Negeri akan terus memastikan pembangunan kemudahan asas akan terus dilaksanakan secara menyeluruh dan berdasarkan keperluan setempat demi manfaat dan kesejahteraan Bangsa Johor.
Terdahulu, YB Tuan Haji Md. Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor meninjau kerja pemasangan lampu jalan di Kampung Mensudut Lama dan Kampung Gelang Chinchin, Segamat.
#JohorSafeZone
#LampuJalanKampung
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


