BELANJAWAN JOHOR 2024: INDUSTRI HIJAU MAMPU BERI LONJAKAN EKONOMI


Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Mohd Effandi Yusof percaya Johor serius menarik pelabur dari industri tenaga boleh diperbaharui terutama melibatkan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin berkembang. | Foto MDJ

 

Komitmen Kerajaan Johor memberi tumpuan kepada industri hijau dan tenaga boleh diperbaharui berupaya memacu pertumbuhan ekonomi seterusnya membuka ruang kepada potensi pembangunan setempat.

 

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Mohd Effandi Yusof percaya beberapa inisiatif baharu di dalam bidang tersebut akan dibentangkan di dalam Belanjawan Johor 2024.

 

Negeri Johor sudah mempunyai kekuatan dan kepakaran meliputi tenaga kerja, institusi penyelidikan dan infrastruktur yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

 

Selain itu, penubuhan Pusat Kelestarian Johor juga menyerlahkan lagi tekad Kerajaan Negeri menarik pelabur dari industri tenaga boleh diperbaharui terutama melibatkan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin berkembang.

 

Menyentuh mengenai pelaksanaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ), Mohd Effandi percaya dua zon tersebut akan memantapkan lagi sektor perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar ekonomi negeri yang memberi ‘trickling effect’ terhadap sosio ekonomi.

 

#BelanjawanJohor2024
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor