MANFAAT SALURAN DISEDIAKAN, JADI PENGGUNA YANG BIJAK


Foto MDJ Nurina Aisyah

Pengguna disaran memanfaatkan saluran disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menyalurkan aduan sekiranya mendapati harga makanan dijual adalah ‘luar biasa’ dengan drastik.
Saranan itu dibuat Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, Noorman Kamsani yang mengakui turut menerima aduan awam mengenai kenaikan harga makanan terutama sekitar bandar raya Johor Bahru.
Dengan aduan berserta bukti yang diterima, seperti kebiasaannya pasukan pemantau MTPN Negeri Johor akan membuat siasatan di lapangan selain menyalurkan kepada pihak KPDN untuk tindakan selanjutnya.
MTPN Negeri Johor menasihatkan pengguna agar elakkan daripada membayar lebih, selain menggunakan aplikasi ‘Price Catcher’ dan mengetahui hak serta tanggungjawab sebagai pengguna.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor