PAMERAN BENIH KARYA FESTIVAL SENI DI PPAJ
Karya seni 13 artis kelahiran Johor akan dipertontonkan kepada umum menerusi Program Benih Karya Festival Seni yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) mulai hari ini sehingga 26 Mei ini.
Pameran karya seni ini adalah yang julung kali diadakan di PPAJ sekali gus membuka mata masyarakat mengenai peranan perpustakaan bukan terhad sebagai pusat ilmu semata-mata, tetapi juga mampu menjadi ‘galeri hidup’ menerusi pameran seumpama ini.
Ia secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menerusi PPAJ dalam mengetengahkan karya seni artis kelahiran Johor dan seterusnya meningkatkan penghayatan masyarakat khususnya generasi muda untuk memahami maksud di sebalik hasil karya seni yang dihasilkan.
Selain itu, pelaksanaan festival seni di perpustakaan ini dapat menghubungkan masyarakat dan pengkarya seni untuk berkongsi inspirasi, ilham dan idea dalam mewujudkan sinergi baharu untuk mengekspresikan nukilan mereka menerusi medium kreatif.
Justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke PPAJ untuk menikmati pengalaman melalui karya lukisan seni, selain pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti pameran seni dan kraf, gerai jualan, persembahan dan banyak lagi.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor