PELIHARA KLUANG SEBAGAI BANDAR WARISAN


Bandar Kluang, Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Majlis Perbandaran Kluang (MPK) komited menjayakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) 2030 bagi mencorak perancangan dan pembangunan bandar serta pinggir bandar yang sistematik.

 

Dokumen RKK dan RTD itu disifatkan TPr. Iskandar Suparlan, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Landskap MPK sebagai perancangan holistik menggariskan strategi pembangunan selaras dengan visi menjadikan Kluang sebagai daerah berdaya huni, maju dan lestari.

 

Mempunyai keluasan pentadbiran seluas 185,674 hektar bersamaan 64.81 peratus daerah Kluang, RKK dibangunkan di kawasan seluas 17 ekar memberi fokus bagi mengekalkan dan memulihara bangunan warisan terletak di pusat bandar lama daerah berkenaan.

 

Lima projek bernilai RM65.43 juta telah dilaksanakan MPK melibatkan kerja-kerja mengecat dan memelihara bangunan warisan di Jalan Mersing, Jalan Tunku Mahkota Ismail dan Jalan Pasar, menaik taraf Taman Merdeka serta projek pengindahan lorong belakang atau Laman Kreatif dan Laman Pesona Kluang.

 

Selain itu, sebanyak enam projek RTD 2030 meliputi empat kategori projek berimpak tinggi, penggerak ekonomi, ‘quick win’ serta projek sokongan sedang dilaksanakan antaranya Laman Sungai Mengkibol, laluan pejalan kaki serta menaik taraf medan selera dan tapak penjaja.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor