CUTI SABTU AHAD, RANCAK SEKTOR PELANCONGAN


Pengunjung memenuhi ruang masuk Zoo Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Penyelarasan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad bagi Negeri Johor pada Januari tahun hadapan dijangka membawa impak positif terhadap sektor pelancongan.

 

Kumpulan Penyelidik Perancang Pelancongan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim melihat perubahan cuti itu berupaya meningkatkan aktiviti pelancongan rentas sempadan antara Johor dan Singapura.

 

Aliran masuk pelancong domestik terutama melibatkan sektor perkhidmatan awam juga dijangka akan kembali rancak dibantu usaha Kerajaan Johor bagi menambah pelbagai program menarik dalam kalendar pelancongan tahun hadapan.

 

Sementara itu, Ivan Teoh, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Johor menyambut baik keputusan penyelarasan cuti hujung minggu dan berkeyakinan sektor pelancongan di negeri ini akan menerima limpahan berganda menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

 

Penyelarasan semula cuti hujung minggu dari Jumaat, Sabtu ke hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 di Johor akan membabitkan lebih 1.94 juta tenaga kerja dan 587,343 pelajar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor