JOHOR MASIH KEKAL LARANGAN JUAL VAPE
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor masih lagi mengekalkan status larangan penjualan vape atau rokok elektronik serta tidak sesekali akan mengeluarkan sebarang lesen bagi penjualan produk terbabit di seluruh negeri ini.
Larangan yang dikuatkuasa sejak tahun 2016 itu masih terpakai terutama membabitkan urus niaga jual beli vape dan perisa yang mengandungi bahan nikotin dengan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap peniaga yang didapati masih degil melakukan urusan jual beli peranti berkenaan.
Susulan titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor pada 29 November 2015, Johor secara rasmi menjadi negeri pertama di negara ini yang mengharamkan penjualan vape serta perisa peranti berkenaan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 8,021 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) akan disiapkan pada 2025, selain tindakan tegas menerusi pemberian notis kaveat akan diberi kepada pemaju yang gagal membangunkan projek RMMJ seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Penilaian, Perancangan dan Reka Bentuk (PDRC) juga akan terus mengikat pemaju dalam memastikan mereka akan dapat membina rumah mampu milik bagi setiap perumahan pasaran bebas yang dibangunkan di seluruh negeri ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor