KURNIAAN BERHARGA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN


YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas kurniaan keperluan pembelajaran digital di negeri ini.

 

Kurniaan sumbangan tersebut mencerminkan kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang sentiasa peka dengan keperluan masyarakat serta keprihatinan terhadap pembangunan dan perkembangan sektor pendidikan di negeri ini.

 

Dalam menjayakan pembelajaran digital dalam kalangan pelajar sekolah, Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku telah menyumbang 111 unit televisyen pintar melibatkan perbelanjaan RM199,800 yang diagihkan kepada 111 sekolah terpilih di negeri ini, diikuti dengan tambahan 100 lagi unit televisyen pintar.

 

Manakala sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan perkenan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong untuk menambah kemudahan digital Kelas Bestari Bangsa Johor bagi dua tahun berturut-turut yang memberi manfaat kepada 60 sekolah terpilih.

 

Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor ketika menjawab soalan YB Datuk Mohd Fuad Tukirin, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Bukit Naning mengenai usaha diambil untuk menjayakan pembelajaran digital dalam kalangan pelajar sekolah pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor