BELANJAWAN JOHOR 2025 TEGUHKAN SYIAR ISLAM


Gambar fail.

 

#IskandarPuteri – Menyedari keberkatan dan impak positif penganjuran program Semarak Subuh yang dilaksanakan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk meneruskan inisiatif berkenaan pada tahun hadapan.

 

Inisiatif dilaksanakan di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan peningkatan peruntukan berbanding RM1.4 juta untuk tahun ini selain bakal dijayakan sebanyak dua kali seminggu bagi memperkukuh tadbir urus syiar Islam.

 

Kerajaan Negeri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM18.1 juta bagi kenaikan 100 peratus elaun pegawai masjid dan surau yang dibayar Kerajaan Negeri di mana kali terakhir dinaikkan pada 12 tahun lalu.

 

Sumbangan serta peranan penting dimainkan 6,970 pegawai masjid dan surau serta 56 penggerak DUN di negeri ini turut dihargai oleh Kerajaan Negeri menerusi pemberian insentif ‘one-off’ bernilai RM500 membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM3.5 juta.

 

Selain itu, Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 juga bakal dibangunkan seterusnya dilancarkan pada tahun hadapan bagi merancakkan industri halal di negeri ini, sekali gus menjadi antara elemen penting dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Manakala bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan beban tugas warga pendidik sedia ada di Sekolah Agama Kerajaan Johor, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM4.7 juta untuk pengisian 300 guru baharu.

 

#BelanjawanJohor2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas

#MajuJohor