KERAJAAN JOHOR RANCANG PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG TANAH PERKUBURAN ISLAM

Menerusi Belanjawan Johor 2027, sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf tanah perkuburan kerajaan melalui Unit Pembangunan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). | Foto MDJ Nazreen Aimie.
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan terus memperkukuh perancangan pengurusan dan pembangunan tanah perkuburan Islam secara lebih sistematik bagi memastikan keperluan tapak perkuburan dapat ditampung, khususnya di kawasan yang berdepan kekangan ruang tanah dan mempunyai jumlah penduduk yang padat.
Menerusi Belanjawan Johor 2027, sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf tanah perkuburan kerajaan melalui Unit Pembangunan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Bagi perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri turut merancang penyediaan Pelan Induk Pengurusan dan Pembangunan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.
Pelan ini akan memberi tumpuan kepada aspek pengenalpastian dan penyediaan tanah perkuburan yang bersesuaian, pengukuhan kerjasama antara jabatan dan agensi, penyelenggaraan serta naik taraf secara terancang, selain memperkukuh sumber kewangan.
Sehingga kini, Johor mempunyai sebanyak 639 tapak tanah perkuburan Islam melibatkan 608 tapak perkuburan kariah yang diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di kawasan masing-masing, manakala 31 lagi tapak perkuburan kerajaan ditadbir urus oleh Pejabat Kadi Daerah.
Sementara itu, beberapa projek pembangunan tanah perkuburan Islam sedang dilaksanakan di kawasan Kota Iskandar, antaranya Projek Pembangunan Tanah Perkuburan Islam Bukit Rodziah dan Setia Eco Garden.
Tanah perkuburan Islam di Kampung Pekajang di Tanjung Kupang seluas sembilan ekar pula kini melalui proses mendapat kebenaran penggunaan tapak daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), selain kekurangan tapak perkuburan di Parit Besar, Batu Pahat turut sedang dikenal pasti lokasi baharu yang lebih bersesuaian.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMaju,RakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


