ANAK JOHOR CEMERLANG PEPERIKSAAN A-LEVEL CAMBRIDGE


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ). | Foto ihsan: MEDKOM

 

#IskandarPuteri – Pelajar cemerlang tajaan Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) berjaya mengukir nama dalam peta kecemerlangan akademik selepas meraih pengiktirafan Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia dalam peperiksaan A-Level Cambridge.

 

Kejayaan cemerlang tersebut diraih Laxmann A/L Muralitharan yang juga bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar selepas dia memperoleh markah penuh 100 peratus dalam subjek Matematik, selain turut mencatat markah 97 peratus bagi subjek Kimia dan 93 peratus untuk mata pelajaran Fizik.

 

Lebih manis, dua lagi penerima BOMJ iaitu Muhammad Fauzi Syahmi turut memperoleh gred A*AAA untuk subjek Matematik, Kimia, Ekonomi dan Fizik, manakala Lee Chong Ming pula mencapai gred A*AA dalam subjek Matematik, Kimia dan Fizik.

 

BOMJ merupakan inisiatif disediakan Kerajaan Negeri dalam bentuk biasiswa penuh kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka di dunia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor