TERIMA PERKENAN ANJUR BOLA SEPAK SUKAN SEA
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mendapat perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2027.
Bagaimanapun, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027 bagi menentukan gelanggang sesuai untuk digunakan bagi acara ‘ibu segala pingat’ itu.
Kerajaan Negeri yakin keputusan menjadi penganjur bersama bagi temasya sukan dwi-tahunan negara Asia Tenggara tersebut akan dapat memberi impak positif kepada pembangunan sukan serta pada masa sama mencipta kenangan manis untuk kontinjen antarabangsa yang akan bertandang ke Johor kelak.
Selain itu, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) akan bekerjasama rapat dengan pihak KBS untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi menentukan jumlah kos penganjuran, selain memastikan keadaan fasiliti sukan di negeri ini berada di tahap optimum, sekali gus menepati piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor