JS-SEZ BAWA LIMPAHAN MANFAAT BUAT JOHOR DAN MALAYSIA
#IskandarPuteri – Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan serta meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
Usaha merealisasikan zon khas berkenaan merupakan langkah strategik yang akan memberi impak positif kepada pembangunan negeri dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan pelaburan, serta pengukuhan sektor-sektor utama di Johor.
Dengan pemeteraian perjanjian JS-SEZ, Kerajaan Negeri berharap segala perancangan dan usaha dilaksanakan dapat dijayakan seterusnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta Malaysia sekali gus akan menyaksikan transformasi positif untuk negeri ini.
Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak di peringkat Negeri dan Persekutuan serta Kerajaan Singapura atas komitmen dalam menjayakan perjanjian hasil daripada perbincangan mendalam dan persediaan teliti antara kerajaan kedua-dua negara.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyaksikan pemeteraian perjanjian JS-SEZ yang ditandatangani Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Singapura pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 di Putrajaya.
Perjanjian JS-SEZ telah ditandatangani antara YB Tuan Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan TYT Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri Singapura yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta Perdana Menteri Singapura, TYT Lawrence Wong.
#ZonEkonomiKhasJohorSingapura
#JSSEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor