KERJASAMA STRATEGIK JOHOR-QATAR PACU KEMAJUAN EKONOMI


Perjumpaan antara Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor diiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama TYT Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar. | Foto HRH Crown Prince of Johor

 

#IskandarPuteri – Reputasi Johor di pentas global terus mendapat perhatian daripada pemimpin dunia apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah dijemput untuk mengadakan pertemuan bersama TYT Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar sempena lawatan rasmi Kerajaan Johor ke negara berkenaan.

 

Pertemuan bagi membincangkan pelbagai peluang kerjasama ekonomi dan sosial dua hala itu turut mencerminkan usaha proaktif DYAM Tunku Mahkota Ismail dalam merintis jalan baharu untuk meningkatkan kedudukan ekonomi Negeri Johor, bukan sahaja di negara ini tetapi di rantau Asia Tenggara.

 

Selain itu, kepimpinan dan komitmen luar biasa yang dizahirkan DYAM Pemangku Sultan dalam menghubungkan jalinan kerjasama strategik antara Johor dan Qatar bakal membuka peluang besar untuk pertumbuhan ekonomi lebih pesat seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial yang lebih baik.

 

Kerajaan Negeri juga berkeyakinan kerjasama erat antara Johor dan Qatar akan menjadi titik tolak dalam usaha menjadikan Johor terus maju sebagai sebuah negeri berdaya saing dan berpengaruh di peringkat antarabangsa, selari dengan usaha menjadikan negeri ini hab ekonomi serantau.

 

Terdahulu, delegasi Kerajaan Johor yang diketuai YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor turut mengadakan pertemuan bersama TYT Saad Bin Ali Al Kharji, Pengerusi Pelancongan Qatar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Visit Qatar bagi meneroka kerjasama strategik dalam sektor pelancongan pada Rabu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor